Total Pageviews

Powered By Blogger

Friday, March 23, 2012

sym VTS 200 - skuter pilihan..



Salam...Aku ni minat motor ke??..

Ye...memang dari dulu lagi aku memang minat motor.Dari zaman bujang dulu lagi aku memang gilakan motor...

Dulu aku merapu je pakai motor mengikut peredaran masa..aku tukar-tukar motor sesuka hati aku je..bila boring aku jual dan beli motor lain...hehhee biaselah waktu kurang tanggungjawab..

Tapi kali ni lain plak...bila dah kawen aku dah stop minat motor,aku main ngan kereta plak..maklumla dan ber"family" ni ...tapi smenjak dua menjak ni aku dah kembali pada minat yang lama bila tersua ngan moto yang dibawah ni....fuyyyoooo ...aku dah tertarik...


Inilah dia VTS 200 dari jenama SYM (Taiwan punya)...Aku jadi berkenan ngan motor ni bila aku terpandang di lebuh raya waktu aku ngan family meronda-ronda keluar daerah...

Aku ada terfikir mula-mula tengok motor ni..Aikkk besarnya motor??Berapa cc tu? Harga berapa?..Sempoinya...Hahaha..inilah yang bermain dalam kepalaku waktu tu..Jadi aku pun start Seraching la dalam internet pasal motor ni.Waktu tu aku tak tahu lagi apakah nama motor ni..jenuh jugak semua model motor aku taip..lastly aku taip model dari taiwan yang baru masuk malaysia tahun 2010 iaitu SYM..maka terkeluarla model yang dicari-cari ni...VTS 200..


Skuter Motor Sanyang Motor (SYM)




Skuter Motor Sanyang Motor (SYM)
Sanyang Motor (SYM) merupakan jenama motosikal dari Taiwan yang tidak asing dengan pelbagai produk khususnya motosikal skuter. Kalau di Taiwan sendiri jenama SYM merupakan jenama yang menduduki tempat antara yang tertinggi dalam kelasnya , begitu juga di Eropah dan US kat sana mendapat sambutan hangat.... Kalau kat sini, sebenarnya pasarannyaagak lembab dan tak popular.. Mungkin kita tak perasan sebab kebanyakkan model motorsikal dari MODENAS mendapat hak produk dari SYM ni... Sebagai contoh MODENAS ELEGAN 150 dan MODENAS ELEGAN 200 pun model asal SYM... malang bagi kita kerana kerapkali lewat dalam menerima sesuatu yang baru.. Jadi apa kita nak risau..ramai pengguna motorsikal modenas dan SYM dimalaysia..
Apa pun SYM telah berjaya menembusi pasaran Malaysia dengan motosikal yang mempunyai kapasiti engine yang berbeza sesuai di tunggang untuk apa jua jenis situasi dan keadaan. Antaranya ialah Bonus110, Symphony SR150, VTS200, Symphony Evo250i dan yang terbaru skuter Mio100
(Info ni aku petik dari blog...Fire Starting Automobil)- jangan marah ye..malas nak taip balik hehe

Ni dia punya ciri-ciri...
Specification
Engine Type4 stroke , 4 valves
Displacement172.2cc
Cooling SystemLiquid
Fuel SystemCarburetor
TransmissionC.V.T
Front Tyre110 / 90-13
Rear Tyre130 / 70-12
Front BrakesDisc 240mm
Rear BrakesDisk 200mm
L x W x H (mm)2165 X 870 X 1380
Wheelbase (mm)1480
Dry Weight (kg)158
Fuel Capacity (liter)8.5

Kalau tengok ciri-ciri motor ni bagi aku yang dah banyak pakai motor boleh la tahan jugak kan..Jadi aku pun memang tahu tak leh nak test drive dikedai motor.Kereta tak pe la boleh je test...Tapi aku yakin dengan forum-forum yang aku baca mengenai motor ni,adalah amat-amat sesuai untuk aku sebab??

1.Motor ni ada kelab di Malaysia ni yang aktif,jadi kalau pape masalah yang melibatkan motor ni aku boleh je tanya diorang.

2.Spare Part yang tak susah didapati sebab ianya boleh dikongsi dengan model modenas iaitu elegan 200.Boleh dikatakan harga yang berpatutan la jugak sesuai dengan gaya exclusive motor ni..tak la mewah sangat tp ok la untuk kategorinya tu..

3.Tempat servisnya ada di Terengganu ni.(.tempat asal aku)..jadi ianya akan menjadi lebih mudah.

4.Aku mampu milik ngan harganya itu....ini yang lebih PENTING!!! hahahaha...bawah RM 10k..huuutangg..




 

Jadi dengan ini aku telah pun order motor ni di Spora Motor Jalan Hiliran,Terengganu pada bulan februari ari tu.Warna Grey Metallic..dah dekat sebulan dah tunggu motor ni...ini yang frust ni....sabar-sabar...

Sekian.